Antara perkara terindah...
Yang tatkala hadir dalam mindaku...
Kadang kala mampu membuatkan aku tersenyum sendirian....
Kerna terkenang betapa indahnya persahabatan ketika itu..
Suka duka yang dilalui, dikongsi, sentiasa bermain di benak fikiranku...
Kadangkala imbauan itu mampu membuatkanku mengalirkan air mata...
Bukan kerana pahitnya persahabatan yang dijalinkan itu...
Namun, dek kerana keindahan persahabatan lampau itulah...
Mampu menyentuh perasaan yang kecil ini...
Duhai teman juga sahabat....
Andai mampu ku carikan mutiaria dari lautan dalam...
Akanku hadiahkannya untukmu di hari yang istimewa...
Andai aku mampu mencapai bintang di langit tinggi,
Akanku serahkan kepadamu sebagai tanda ingatan,
Andai aku mampu terbang setinggi unggas,
Akanku bawa mu bersama melihat keindahan alam ini....
Namun...
Aku cuma manusia biasa,
Tidak ada sedikit pun kelebihan berbanding manusia-manusia lain...
Cuma yang aku mampu...
Adalah berdoa dan berharap....
Agar insan yang istimewa ini...
Beroleh keceriaan pada hari yang indah ini...
Selamat Ulang Tahun Kelahiran.....